Sunday, July 4, 2010

Pentadbiran Baru


Tanggal 30hb APRIL 2010 yang lalu, terlakar satu lagi sejarah srai19 apabila guru besar ABDUL BASIR MOHD ANUAR telah berpindah dan diganti oleh UST SULAIMAN BIN DAHLAN dari Gombak. Ustaz Abdul Basir telah bertugas lebih kurang 4 1/2 tahun mulai 15hb DISEMBER 2005 - 30hb APRIL 2010. Semoga srai19 akan terus maju dibawah pengurusan ustaz Sulaiman

Tuesday, April 13, 2010

BACAAN SURAH YAASIN

Bacaan surah yaasin yang melibatkan keseluruhan warga sekolah termasuk guru, murid dan kakitangan telah diadakan pada 9hb APRIL 2010 yang lalu mulai jam 7.30 - 8.00 pagi. Bacaan surah Yaasin tersebut yang diketuai oleh Ustaz Najib Ar Ridha telah berlangsung disemua premis dalam kawasan sekolah secara serentak. Doa dirafa'kan agar keselamatan semua warga sekolah dipelihara Allah SWT. Terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang memberi kerjasama sepenuhnya.. amiiiin

Friday, March 26, 2010

Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Hajat

25 mac 2010 - Majlis berbuka puasa dan solat hajat bagi murid-murid tahun 6 telah diadakan bertempaat di surau muhajirin srai seksyen 19, shah alam. Program ini merupakaan salah satu program permuafakatan yang telah dirancang diantara pihak sekolah, pibg dan ibu bapa murid tahun enam bagi tahun 2010 ini.. semoga mereka semua akan dirahmati Allah dan dipermudahkan dalam menuntut ilmu

Wednesday, March 3, 2010

KURSUS PERKEMBANGAN STAFF

Kursus perkembangan staff yang melibatkan keseluruhan tenaga kerja srai19 akan diadakan pada 15-18 MAC 2010, Sehubungan dengan itu semua urusan berkaitan dengan sekolah pada tarikh tersebut akan ditangguhkan sehingga 19MAC2010.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI 13

27 MAC 2010, Sabtu Malam Ahad, Jam 8.00 malam, bertempat di Dewan Besar SRAI 19 diadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 13

Ahlan W Sahlan

Salam..testing